Keris Dahulu
Keris sebagai sejenis senjata yang disanjung tinggi, sesebilah keris biasanya dihasilkan dengan penuh teliti serta dihiasi dengan ciri yang indah dan menarik. Oleh kerana keris merupakan satu-satunya elemen yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, maka tidak hairanlah keris seringkali dikaitkan dengan kesaktian serta kuasa-kuasa luar biasa.
Namun begitu, kepercayaan terhadap kuasa-kuasa luar biasa kini lenyap mengikut peredaran masa dan kini penumpuan lebih diberikan kepada nilai-nilai estetika serta fakta-fakta sejarah yang dikaitkan dengan sesebilah keris.
Keris Kini
Sesebilah keris itu dianggap lebih bernilai pada masa sekarang sekiranya keris tersebut diperbuat daripada bahan-bahan berharga seperti emas, tembaga dan perak serta dihiasi dengan intan dan permata. Tidak ketinggalan pada corak rupa bentuknya yang direka supaya tampak lebih menarik. Nilainya akan mengjangkau lebih tinggi lagi sekiranya sesebilah keris itu disandarkan dengan fakta sejarah serta dipadankan dengan ciri-ciri istimewa.
Sungguhpun begitu, masih ada lagi segelintir yang memanggil dirinya pemain keris, mengambil perhatian pada pembuatan sesebilah keris. Nilai keris kira kepada kepadanan sesebilah keris untuk pemakainya. Pada paaemaian keris, pilihan akan dibuat dengan teliti dengan mengambil kira campuran besi, jenis keris, panjang, berat dan keselesaan apabila memegang keris.
Pada mereka yang tidak pernah belajar seni silat, keris pada amnya adalah satu senjata yang wajib untuk dipelajari geraknya. Begitu uniknya keris itu dan bila disebut keris ia akan dipadankan dengan seni silat.
Pernah sekali saya memberi pegang sebilah keris pada anak buah saya (remaja 16 tahun) yang tidak pernah memegang keris. Setelah seketika memerhatikannya membelek keris lalu saya bertanya kepadanya. Rasa apa pengang keris? Lantas dengan spontan di jawabnya "Fuh! rasa macam diri ni hebat la!". Saya bertanya lagi, Kenapa?. Di balasnya "Rasa macam pendekar". Kesimpulannya disini imej pendekar melayu dan keris tidak luput dari pandangan seorang remaja.
Pada saya keris adalah satu ciptaan dari khazanah ketamadunan Melayu yang tidak ternilai seninya dan punya sejarah yang hebat dalam penggunaannya dari dulu hingga sekarang.
Ciptaan satu keris itu umpama satu individu yang unik dan rupanya satu untuk empunya-nya.
"Alam Khazanah Perjuangan Melayu"
Senjata Tradisi