Melayu rosak kerana melayu sendiri. Dalam sejarah dunia pun telah terbukti yang mana kejatuhan bangsa kerana bangsa itu sendiri. Antara bangsa itu sendiri yang berbalah antara satu sama lain dan menjadi lemah atau bangsa itu terlalu angkuh hingga dimusnahkan oleh bangsa yang lain.
Bangsa Melayu juga tidak lepas dari kerosakan bangsa oleh bangsa sendiri. Berapa ramai melayu yang kenal apa itu melayu? Tanya pada anak muda golongan umur 20 – 35 tahun. Ramai yang tidak kisah akan bangsa dia sendiri. Membina bangsa bermakna kita mempertahankan hak untuk ibu pertiwi. Rasa hidup dalam golongan. Tanpa “MELAYU” hilang kuasa pada tanah sendiri. Warisan ilmu bangsa perlu dipelihara dan dikembangkan ilmunya pada golongan muda. Makin hari makin hilang melayu anak muda keranA tidak kenal akan warisan ilmu bangsa Melayu.
Dalam ilmu persilatan sendiri, sudah mula berkembangnya ilmu ini ke rantau Eropah. Mereka berlumba-lumba datang ke rumpun Melayu untuk pelajari ilmu beladiri yang dinamakan silat. Mereka ingin menjadi guru dalam ilmu ini kerana ianya mempunyai potensi kekuatan yang amat tinggi. Sayang sekali orang Melayu sendiri tidak pelajari ilmu ini.
Saya mempunyai seorang kawan yang berbangsa Cina. Iya seorang Cina yang mahir dalam ilmu persilatan dan diberi amanah oleh gurunya untuk mangajar di gelanggang silat. Sayang sekali ada beberapa orang bapa yang mengetahui silat itu diajar oleh Cina terus menarik anaknya keluar gelanggang dan memberhentikan anaknya dari belajar silat. Saya MALU dengan bapa melayu itu. BIADAP dan ANGKUH! Melayu ke tu? Mana pula kredibiliti dia sebagai seorang melayu yang patut tahu ilmu silat. Salahkan cina itu? Tak salah, yang salah ialah Melayu itu sendiri kerana Melayu itu sendiri sombong dengan untuk belajar ilmu warisanya.
Sekolah dan silat. Mana perginya silat didalam ko-korikulum sekolah. Hilang bagaikan kain buruk yang hancur dimamah cuaca. Guru-guru tidak mahu anak-anak murid sekolah bergaduh kerana belajar silat. Cermin lah kembali kata-kata itu. Setelah lima tahun tiadanya silat dalam sekolah, masih ada lagi kes-kes pergaduhan disekolah. Malah sekolah-sekolah masih berhadapan dengan masalah disiplin murid.
Berilah peluang anak itu belajar ilmu persilatan agar ilmu ini tidak hilang dari tangan melayu. Seorang peniaga memberitahu saya yang mana percaya silat hanya tinggal nama. Dia sudah tidak jumpa silat diajar di kawasannya dan juga tempat-tempat lain. Baru sekarang dia percaya akan pengamal silat dan gelanggang silat masih wujud dan diajarkan kepada bangsa melayu.
Janganlah satu hari nanti kalau kita nak belajar silat, kita pula kena pergi ke balanda untuk mempelajarinya.
0 comments:
Post a Comment