Lepak-lepak kat bengkel buat senjata

  • Thursday, December 29, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Aku ni jenis yang tak reti duduk diam. Ada je terpikir nak buat macam-macam. Antara terbuat atau tidak aje. Lunch hour pulak orang sibuk keluar cari makan tengah hari, aku pulak suka lepak kat bengkel buat senjata. Rasa tenang jiwa aku walaupun dengan keadaan serabut bengkel ni.

    Lepak borak-borak dengan Abang Ali dan Zenol.  Dah 3 minggu rasanya tak datang sini, Abang Zenol dah tegur aku, " Kau ni apasal tak lama tak datang, nak cari sumber patern dengan design pun terbantut". Aduh! apa nak kata, hujung tahun ni sibuk dengan kerja tutup akaun syarikat.

    Dah minat, apa pun suka. Itu adalah kata-kata yang pasti yang ada pada diri seseorang pada minatnya. Sama dengan aku. Boleh dikatakan aku di ketegori gilakan senjata dan beladiri. Nak kata aku ni pandai tak la. Aku suka dengan kata-kata empu pak malau, boleh la nak kongsi sikit-sikit dengan apa yang tahu ni.

    Tahun 2011 adalah tahun yang cukup mencabar buat diri ku. Dengan harapan tahun 2012 aku dapat membuat sedikit perubahan pada dunia seni yang aku ceburi ni. Sayang ku pada seni ini telah ku bawa dari 20 tahun yang lepas.

    Ada juga rasa terkilan pada orang-orang Melayu yang merosakkan imej orang Melayu sendiri. Tidak hargai pada seni warisan kita, malah di caci-caci lagi dengan pelbagai kata-kata yang boleh merosakkan imej seni Melayu.

    Aku amat hargai tukang-tukang yang masih membuat senjata secara manual. Mereka ni hebat di mata ku.

    "Khazanah Perjuangan Melayu"
    Senjata Tradisi dan Beladiri.








    Imej senjata di atas : Pedang Buaya

    Pedang buaya dengan gelaran pedang buaya berenang, pedang buaya timbul, pedang jenjulung dan beberapa gelaran pedang yang mana di bahagian mata pedang ada terbentuknya bentuk kepala buaya dan lekuk mata buaya di tengah bilahnya. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Tiada saiz panjang yang khas untuk pedang ini. biasanya ukur panjang hulu ke mata buaya ini adalah selepas siku seseorang. Jadinya bilah pedang buaya yang tidak kurang 12 inci. Andainya ia pendek dari itu makna bukan kategori pedang lagi. Ada empu yang mengatakan jikalau hulu pedang ini di letakkan "cup" iaitu pelindung pada genggaman hulu, pedang ini bertukar nama ke pedang askar melayu. Sebabnya pedang ini digunakan dengan menghunus dan menyimpan mata semasa permainannya. Dengan adanya "cup", pedang ini hanya boleh dihunus sahaja matanya.  


    Pedang Buaya Untuk Dijual

  • Senjata Tradisi













  • Hubungi Wahid 013-6914278

    Cuba-cuba senjata

  • Senjata Tradisi

  • Menguji kekuatan, ketajaman dan ketahanan mata pedang dari tukang senjata tradisi

    http://www.youtube.com/watch?v=4gt72LdHjMY&list=UU_ZXvyjiYWN7N8McWM3SYtw&index=1&feature=plcp

    Jalan-jalan tengok keris

  • Tuesday, December 27, 2011
  • Senjata Tradisi
  • 24 Disember 2011 lepas, berjalan dengan keluarga ke Kelantan. Best juga Kelantan ni. Kalau ada rezeki nak juga tinggal di sini. Hidup jauh dari hiruk pikuk bandar. Tanah pun banyak. boleh buat rumah dengan keluasan tanah yang cukup selesa. bak kata orang nak buat kenduri kahwin anak nanti pasang khemah dalam laman rumah sahaja. Saya tak lepaskan peluang untuk lihat sendiri penjualan senjata yang ada di Kota Bharu ni. Seperti yang di katakan ramai, banyak kedai yang menjual senjata di sini.  Macam-macam ada. Boleh la berkunjung ke Kelantan kalau nak kan Keris Melayu yang elok, cantik dan murah. Tidak dinafikan ada juga keris-keris dari Indonesia yang dijual di sini.

    Saya bertanya pada penjual senjata ni, siapa tukangnya ni? Hmm Habis keras tak mahu dijawabnya. Yelah sama seperti aku juga, aku pun tak nak sebut tukangnya.. hehehehe. Bukan apa,  business la katakan.

    Walau bagaimanapun aku tetap enjoy jalan ke Kelantan. Nak pergi sekali lagi untuk cari Keris-Keris Melayu yang cantik-cantik dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

    Apa yang peliknya??? Kelantan kata Keris kat Kuala Lumpur murah, KL kata keris kat  Kelantan murah.... HMMM.. sama aje harganya, cuma yang lainnya, di Kelantan lebih ramai penjual senjata dan lebih banyak pilihan keris-keris yang sudah siap. Kalau di Kuala Lumpur tak banyak tempat yang menjualnya tetapi Keris-keris melayu yang ada pilihannya banyak dari tukang-tukang yang ada di serata semenanjung Malaysia.

    Syabas pada Kelantan yang mana bagi saya inilah negeri yang mempunyai empu-empu keris yang paling ramai  berbanding dari negeri-negeri lain. Dengan harapan adalah generasi muda yang sudi mengganti otai-otai empu yang ada.

    "Khazanah Perjuangan Melayu"
    Senjata Tradisi


    Antara gambar-gambar yang sempat saya ambil








    Sundang Moro untuk di jual

  • Senjata Tradisi