Lepak borak-borak dengan Abang Ali dan Zenol. Dah 3 minggu rasanya tak datang sini, Abang Zenol dah tegur aku, " Kau ni apasal tak lama tak datang, nak cari sumber patern dengan design pun terbantut". Aduh! apa nak kata, hujung tahun ni sibuk dengan kerja tutup akaun syarikat.
Dah minat, apa pun suka. Itu adalah kata-kata yang pasti yang ada pada diri seseorang pada minatnya. Sama dengan aku. Boleh dikatakan aku di ketegori gilakan senjata dan beladiri. Nak kata aku ni pandai tak la. Aku suka dengan kata-kata empu pak malau, boleh la nak kongsi sikit-sikit dengan apa yang tahu ni.
Tahun 2011 adalah tahun yang cukup mencabar buat diri ku. Dengan harapan tahun 2012 aku dapat membuat sedikit perubahan pada dunia seni yang aku ceburi ni. Sayang ku pada seni ini telah ku bawa dari 20 tahun yang lepas.
Ada juga rasa terkilan pada orang-orang Melayu yang merosakkan imej orang Melayu sendiri. Tidak hargai pada seni warisan kita, malah di caci-caci lagi dengan pelbagai kata-kata yang boleh merosakkan imej seni Melayu.
Aku amat hargai tukang-tukang yang masih membuat senjata secara manual. Mereka ni hebat di mata ku.
"Khazanah Perjuangan Melayu"
Senjata Tradisi dan Beladiri.
Imej senjata di atas : Pedang Buaya
Pedang buaya dengan gelaran pedang buaya berenang, pedang buaya timbul, pedang jenjulung dan beberapa gelaran pedang yang mana di bahagian mata pedang ada terbentuknya bentuk kepala buaya dan lekuk mata buaya di tengah bilahnya. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Tiada saiz panjang yang khas untuk pedang ini. biasanya ukur panjang hulu ke mata buaya ini adalah selepas siku seseorang. Jadinya bilah pedang buaya yang tidak kurang 12 inci. Andainya ia pendek dari itu makna bukan kategori pedang lagi. Ada empu yang mengatakan jikalau hulu pedang ini di letakkan "cup" iaitu pelindung pada genggaman hulu, pedang ini bertukar nama ke pedang askar melayu. Sebabnya pedang ini digunakan dengan menghunus dan menyimpan mata semasa permainannya. Dengan adanya "cup", pedang ini hanya boleh dihunus sahaja matanya.
0 comments:
Post a Comment