SENAMAN TUA KHAZANAH KECERGASAN MELAYU
Senaman Tua di asaskan oleh Guru Azlan Ghanie atau nama penuh beliau Azlan Jumat bin Abdul Ghanie. Senaman Tua merupakan satu bentuk tradisional Melayu yang dilatih oleh ayahanda beliau yang berketurunan Raja Melayu Sarawak berdarah Merpati Jepang. Di gandingkan pula dengan silat istana Pahang kerana latar belakangnya dari pahlawan Pahang dari salasilah keturunan bondanya, Rogayah binti Jaafar bin Endut bin Awang Tatah yang berketurunan Bugis.
Guru Azlan Ghanie
Rasional Mengamalkan Senaman Tua
Dari sudut sains kesihatan, melakukan senaman adalah amalan terbaik untuk mengekalkan kesihatan diri dan mencegah sakit-sakit akibat kurang senaman.
Gerak amal Senaman Tua boleh dikategorikan sebagai salah satu senaman yang amat bersesuaian kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa dan ruangan yang kecil. Selain dari itu Senaman Tua boleh dijadikan sebagai senaman terapi pada individu yang punyai masalah pergerakan badan dan boleh memulihkan pelbagai jenis penyakit.
0 comments:
Post a Comment