Satu rumah satu keris.
Bagus juga tu. Lagi bagus kalau dapat ditambah dengan seorang yang bijak main keris untuk satu rumah. Janganlah keris itu dipandang sebagai alat membunuh, tapi sebagai penyambung warisan bangsa. Hidupnya satu bangsa kerana punyai identitinya sendiri. Kita boleh menukar agama seseorang tapi belum tentu dapat menukar bangsa orang tersebut.
Keris juga boleh dilihat pada simbol kekuatan dan tenaga. Walaupun sesebilah keris itu tiada pengisian ia tetap punya daya kuasanya sendiri. Menyimpan sebilah keris di rumah boleh membentuk satu aura tenaga daya kekuatan semuala jadi pada penyimpannya. Tak percaya! cuba simpan satu dirumah. Tak dicabut pun tak mengapa.
Simpan saja dalam almari yang dapat dilihat. Jangan sampai dapat dicapai oleh anak kecik sudah. Kalau ternampak oleh tetamu rumah pasti ada yang tertarik pada bentuknya. Fuhh! ada keris la kat rumah ni. Sudah pula ia menjadi penyeri pada hiasan dirumah.
Keris menjadi satu icon warisan melayu apabila ada dirumah. Kenapa? Warisan itu turun temurun. Anak-anak akan bertanya tentang keris. Atas kita untuk bercerita berkenaannya. Paling senang buat melayu kita ialah hikayat hang tuah lima saudara dan keris taming sari. ini menimbulkan minat sejarah pada anak-anak.
Keris warisan yang diwarisi. Keris itu tahan lama jika dijaga. Buatan keris terawal dijumpai dari kurun ke-6. Dah 1400 tahun tu. Saya tak tahulah pada yang lain kerana masing-masing punya pendiriannya sendiri. Pada saya untuk diberi satu barang yang turun-terumun buat simpanan adalah satu penghormatan. Tapi barang tu mestilah berharga seperti keris bukan barang lusuh yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Mewarisi membuatkan lahirnya imbauan sejarah pada penerimanya.
"Alam Khazanah Perjuangan Melayu"
Senjata Tradisi
Sebelum disahkan hamil, apa yang berlaku?
6 years ago
0 comments:
Post a Comment