Saya memetik dari kata-kata Empu Magetan. (Pandai Besi dari Indonasia)
Mengikut sejarah, nilai keris tu bukannya senjata untuk peperangan semata-mata. Katanya lagi ianya adalah satu sebab dimana masyarakat bersatu padu. Tingginya nilai keris itu membuatkan masyarakat melayu setempat bersatu dan ini membuatkan pihak penjajah takut pada KERIS itu sendiri hinggakan mereka haramkan bukan sahaja penggunaannya, mereka mengharamkan juga siapa yang belajar langkahnya. Wah! hebat sungguh keris waktu itu. Perkara ini telah terjadi dalam sejarah Indonesia dan juga Tanah Melayu. Silalah cari dan baca. Ramai anak-anak muda kita tidak tahu akan hal ini, dan pada yang tahu, tidak peka untuk memberitahu. Kita belajar sejarah untuk mengambil contoh darinya. Yang buruk jangan di ulang. Yang baik diambil contoh untuk mencipta sejarah yang lebih baik. Apa yang di wancanakan orang penjajah ialah keris adalah senjata pembunuh yang merbahaya. Apa beza sangat la dengan keris dan juga parang penebas jika tahu menggunakannya sebagai senjata. Kalau sekali tengok, saya takut dan risau lebih pada orang yang membawa parang penebas dari keris.
Dari seorang pengumpul keris. "Tanpa mistis, tiada beza keris dengan perabot dirumah". Kenapa ye!. Sebagai pengumpul keris, dia mempunyai keyakinan sendiri terhadap keris itu. Kadangkala masyarakat menilai pengumpul ini sebagai bela hantu. Walhal tidak. Tak semestinya orang yang punyai pendamping ini punya keris.
Apa yang kita hendak lihat ialah nilai disebalik KERIS itu sendiri. Pandangan membawa keris itu adalah untuk berperang atau untuk alat mencederakan dan menakutkan orang lain adalah pendangan yang cetek. Orang mengamuk bawak parang. Tak bawa keris pun.
Saya bagi simbol ringkas pada keris. Ambil contoh, keris akan disisipkan pada pinggang pengantin lelaki dan bunga diberi pegang pada pengantin wanita. Pakaian mencerminkan siapa pemakainya. Simboliknya keris disini, lelaki sebagai ketua rumah tangga akan bersedia keakhir hayat untuk membentuk dan menjaga kesejahteraan bakal keluarga yang baru terbentuk. Keris adalah senjata yang utuh, iaitu tahan lama. Kalau tak berani jangan bawa keris tersebut. Bagi bunga pula ia bersifat penyeri dan akan layu jika tidak di jaga. Adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya agar ia terus mekar dalam tamannya. Keris disini melambangkan simbol kekuatan, penyatuan dan juga tanggungjawab.
Setiap masyarakat bangsa punya kekuatannya sendiri tidak kira apa tahap kemajuannya. Walau tinggi manapun tahap kemajuan sesuatu masyarakat itu, tanpa perpaduan bangsa maknanya, mereka akan bersaing untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan untuk kepentingan pada masyarakat. Tindas menindas, hasat dengki antara bangsa sendiri akan terjadi. Akhirnya satu bangsa yang maju akan tumpang jatuh di rosakkan orang bangsa sendiri.
"Alam Khazanah Perjuangan Melayu"
Senjata Tradisi
Zikir Ibu Mengandung
6 years ago
0 comments:
Post a Comment