Kaedah untuk menentukan sesesuaian keris mengikut kepercayaan tukang-tukang ataupun penyimpan dahulunya, iatiu dengan mengukur dari pangkal (ganja / cicak) hingga ke hujung keris dengan meletakkan ibu jari kanan dan kiri secara berselang-seli dengan pengiraan, Allah, Muhammad, Dajjal sehinggalah ke hujung keris.
Akan tetapi ada juga yang mengubah perkiraan itu dengan Raja, Pendekar, Askar atau pun Tanah, Air, Api. Sekiranya akhir kiraan dengan nama Allah, Raja dan Tanah, maka keris itu dianggap terbaik dari segi pengukurannya bagi orang tersebut. Lain orang lain akhir pengiraannya.
Jika berakhir dengan kiraan Dajjal, Askar dan Api, keris itu di percayai boleh mendatangkan akibat yang tidak baik kepada pemiliknya.
Jika berakhir dengan Muhammad, Pendekar dan Air, keris itu dipercayai akan selalu digunakan pemiliknya bagi aktiviti-aktivitinya.
Ini hanya satu petua untuk pengiraan panjang bilah keris yang padan buat bakal pemiliknya nanti.
Senjata Tradisi dan Beladiri
"Khazanah Penjuangan Melayu"
Sebelum disahkan hamil, apa yang berlaku?
6 years ago
0 comments:
Post a Comment