Lipatan adalah teknik yang mana besi yang di bakar akan di ketuk menjadi satu kepingan yang panjang seumpama sebilah pembaris dan kemudiannya di potong dua. Potongan tadi akan ditindih dan akan dibakar diketuk semula sehingga kedua-dua lipatan itu lekat dan mesra dari proses bakar dan ketuk. bermula kembali proses terawal iaitu mengetuk sehingga panjang seumpama sebilah pembaris.
Dari proses di atas, sekeping besi tadi telah pun menjadi sekeping besi yang mempunyai dua lapisan besi. Apabila proses ini berlanjutan, jumlah lipatan akan berganda dan ini menghasilkan permukaan besi yang mempunyai pamor (corak lapisan besi dari proses potong dan tindih).
kiraan lapisan adalah seperti berikut:
Lipatan 1 ; 1 x 2 = 2 lapis
Lipatan 2 ; 2 x 2 = 4 lapis
Lipatan 3 ; 4 x 2 = 8 lapis
Lipatan 4 ; 8 x 2 = 16 lapis
Lipatan 5 ; 16 x 2 = 32 lapis
Lipatan 6 ; 32 x 2 = 64 lapis
Lipatan 7 ; 64 x 2 = 128 lapis
Lipatan 8 ; 128 x 2 = 256 lapis
Kalau proses lipatan ini berlarutan melebihi 9 kali, hasil dari lipatan yang awal telah menjadi terlalu nipis dan hanya menghilangkan garis-garis lipatan apabila mata siap di bentuk.
Ada tukang yang membalik-balikkan alur lipatan besi tadi dan memperoleh alur bentuk lipatan yang berbeza. Lebih banyak lipatan menghasilkan alur lipatan yang lebih halus.
Dari proses lipatan yang di buat, ianya adalah sama dengan proses lipatan besi keris. akan tetapi jumlah kepingan besi awal yang di ketuk bukanlah sekeping tetapi lebih dari satu. Sebagai contoh 7 (keris 7 'Pa') jenis keping besi;
Lipatan 1 ; 7 x 2 = 14 lapis
Lipatan 2 ; 14 x 2 = 48 lapis
Lipatan 3 ; 48 x 2 = 96 lapis
Lipatan 4 ; 96 x 2 = 192 lapis
Lipatan 5 ; 192x 2 = 384 lapis
Sebelum disahkan hamil, apa yang berlaku?
6 years ago
0 comments:
Post a Comment