Nilai Keris

  • Thursday, December 23, 2010
  • Senjata Tradisi




  • Keris Dahulu

    Keris sebagai sejenis senjata yang disanjung tinggi, sesebilah keris biasanya dihasilkan dengan penuh teliti serta dihiasi dengan ciri yang indah dan menarik.  Oleh kerana keris merupakan satu-satunya elemen yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, maka tidak hairanlah keris seringkali dikaitkan dengan kesaktian serta kuasa-kuasa luar biasa.

    Namun begitu, kepercayaan terhadap kuasa-kuasa luar biasa kini lenyap mengikut peredaran masa dan kini penumpuan lebih diberikan kepada nilai-nilai estetika serta fakta-fakta sejarah yang dikaitkan dengan sesebilah keris.

    Keris Kini

    Sesebilah keris itu dianggap lebih bernilai pada masa sekarang sekiranya keris tersebut diperbuat daripada bahan-bahan berharga seperti emas, tembaga dan perak serta dihiasi dengan intan dan permata.  Tidak ketinggalan pada corak rupa bentuknya yang direka supaya tampak lebih menarik.  Nilainya akan mengjangkau lebih tinggi lagi sekiranya sesebilah keris itu disandarkan dengan fakta sejarah serta dipadankan dengan ciri-ciri istimewa.

    Sungguhpun begitu, masih ada lagi segelintir yang memanggil dirinya pemain keris, mengambil perhatian pada pembuatan sesebilah keris.  Nilai keris kira kepada kepadanan sesebilah keris untuk pemakainya.  Pada paaemaian keris, pilihan akan dibuat dengan teliti dengan mengambil kira campuran besi, jenis keris, panjang, berat dan keselesaan apabila memegang keris.

    Pada mereka yang tidak pernah belajar seni silat, keris pada amnya adalah satu senjata yang wajib untuk dipelajari geraknya.  Begitu uniknya keris itu dan bila disebut keris ia akan dipadankan dengan seni silat.

    Pernah sekali saya memberi pegang sebilah keris pada anak buah saya (remaja 16 tahun) yang tidak pernah memegang keris.  Setelah seketika memerhatikannya membelek keris lalu saya bertanya kepadanya.  Rasa apa pengang keris? Lantas dengan spontan di jawabnya "Fuh! rasa macam diri ni hebat la!". Saya bertanya lagi, Kenapa?. Di balasnya "Rasa macam pendekar".  Kesimpulannya disini imej pendekar melayu dan keris tidak luput dari pandangan seorang remaja.

    Pada saya keris adalah satu ciptaan dari khazanah ketamadunan Melayu yang tidak ternilai seninya dan punya sejarah yang hebat dalam penggunaannya dari dulu hingga sekarang.

    Ciptaan satu keris itu umpama satu individu yang unik dan rupanya satu untuk empunya-nya.



    "Alam Khazanah Perjuangan Melayu"
    Senjata Tradisi
  • Senjata Tradisi
  • Hish kenapa la aku tak boleh post blog aku hari ni.. tensionnya

    Nak post aje error.. paksa puslish post habis celaru jadinya tulisan pada posting aku. ada sesiapa boleh bagi tips??

    Minat pada senjata tradisional?

  • Monday, December 20, 2010
  • Senjata Tradisi
  • Kalau anda minat pada senjata tradisional. Senjata jenis apa yang anda minat dan ingin miliki?

    Pembuka Kata

  • Senjata Tradisi
  • Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta Pandai Besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.

    Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.

    Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat.


    Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.




    Sumber penulisan dari Perpustakaan Negara Malaysia











    video



    Senjata Tradisi

  • Wednesday, December 15, 2010
  • Senjata Tradisi
  • Apabila kita lihat pada kemajuan hari ni, membawa senjata boleh dikatakan menjadi satu ancaman.  Namun atas nama kesenian dan kebudayaan hasil-hasil seni ini masih lagi kita perolehi.  Ada yang lama (turun termurun) dan yang baru dibuat atas permintaan pengguna dan juga peminatnya.

    Walaupun apa pun alasan yang diberi, warisan seni membuat hasil senjata tradisional ini perlu dipelihara.  Ianya mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan menjadi petanda pada kebudayaan, seni dan kemajuan sesuatu bangsa dari zaman dahulu.
  • Senjata Tradisi