Hulu Keris

  • Thursday, August 16, 2012
  • Senjata Tradisi
  • Apa itu Hulu Keris

    Hulu adalah salah satu komponen wajib dan juga menjadi hiasan keris yang sangat penting kerana ia melambangkan status dan darjat pemakainya mengikut daerah masing-masing. Pemilihan dari bahan-bahan yang boleh dibentuk seperti kayu yang lebih berat daripada komponen-komponen yang lain.

    Saiz dan bentuknya adalah pelbagai tetapi bersesuaian dan selesa dalam genggaman. Bahan-bahan yang biasa dipilih bagi menghasilkan hulu adalah daripada jenis-jenis kayu yang terpilih seperti Kemuning, Kanaung dan bahan selain kayu adalah daripada Gading Gajah, Tanduk dan Gigi Paus. Menggunakan kayu daripada pohon yang mati secara semula jadi, hasil kayunya adalah amat berat dan telah sedia kering untuk di proses untuk kegunaannya.  Kayu jenis ini amat sukar di perolehi.

    Bahan hulu yang diperbuat daripada gading, gigi paus, tanduk dan kayu kemuning tidak mampu bertahan lebih 100 tahun sekiranya hulu-hulu jenis ini tidak dipisahkan daripada puting keris. Kesan daripada kelembapan bahan-bahan tersebut, ianya memberi tindakbalas hakisan kepada puting keris. Berbeza dengan kayu kenaung, ia mempunyai mineral yang tahan karat. Oleh itu, bahan ini tidak memberi kesan kepada puting keris. Ini dapat dibuktikan daripada beberapa penemuan keris-keris tua yang masih elok putingnya dari pemakaian hulu kayu tersebut.

    Jenis-jenis hulu
    1.   Jawa Demam
    2.   Kerdas
    3.   Pipit Teleng
    4.   Tanjong
    5.   Tapak Kuda
    6.   Pekaka
    7.   Patah 3
    8.   Bugis Garuda
    9.   Coteng
    10. Kakak Tua / Burung Bayan

    Hiasan Pada Hulu

    Terdapat dua jenis hiasan pada hulu keris

    1.   Ukiran motif
    2.   Saduran / lapis logam

    Ukiran Motif

    perhiasan berupa hasil ukiran pada permukaan hulu. Motif ukiran halus dan rumit. Hasil ukiran bergantung kepada status bakal pemiliknya.  Biasanya menggunakan motif ketam guri, bayam peraksi dan daun sireh di bahagian dagu.

    Saduran / lapis logam

    Ini biasanya penambahan dalam seni ukiran yang telah di hasilkan. Jenis-jenis logam yang digunakan, akan menambah ciri-ciri kemewahan kepada hulu tersebut. pengunaan emas dan perak yang di letakkan memberi kilauan tambahan pada hulu dan pemakaiannya.


    Khat Senjata Tradisi

  • Senjata Tradisi