Lepak-lepak kat bengkel buat senjata

  • Thursday, December 29, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Aku ni jenis yang tak reti duduk diam. Ada je terpikir nak buat macam-macam. Antara terbuat atau tidak aje. Lunch hour pulak orang sibuk keluar cari makan tengah hari, aku pulak suka lepak kat bengkel buat senjata. Rasa tenang jiwa aku walaupun dengan keadaan serabut bengkel ni.

    Lepak borak-borak dengan Abang Ali dan Zenol.  Dah 3 minggu rasanya tak datang sini, Abang Zenol dah tegur aku, " Kau ni apasal tak lama tak datang, nak cari sumber patern dengan design pun terbantut". Aduh! apa nak kata, hujung tahun ni sibuk dengan kerja tutup akaun syarikat.

    Dah minat, apa pun suka. Itu adalah kata-kata yang pasti yang ada pada diri seseorang pada minatnya. Sama dengan aku. Boleh dikatakan aku di ketegori gilakan senjata dan beladiri. Nak kata aku ni pandai tak la. Aku suka dengan kata-kata empu pak malau, boleh la nak kongsi sikit-sikit dengan apa yang tahu ni.

    Tahun 2011 adalah tahun yang cukup mencabar buat diri ku. Dengan harapan tahun 2012 aku dapat membuat sedikit perubahan pada dunia seni yang aku ceburi ni. Sayang ku pada seni ini telah ku bawa dari 20 tahun yang lepas.

    Ada juga rasa terkilan pada orang-orang Melayu yang merosakkan imej orang Melayu sendiri. Tidak hargai pada seni warisan kita, malah di caci-caci lagi dengan pelbagai kata-kata yang boleh merosakkan imej seni Melayu.

    Aku amat hargai tukang-tukang yang masih membuat senjata secara manual. Mereka ni hebat di mata ku.

    "Khazanah Perjuangan Melayu"
    Senjata Tradisi dan Beladiri.








    Imej senjata di atas : Pedang Buaya

    Pedang buaya dengan gelaran pedang buaya berenang, pedang buaya timbul, pedang jenjulung dan beberapa gelaran pedang yang mana di bahagian mata pedang ada terbentuknya bentuk kepala buaya dan lekuk mata buaya di tengah bilahnya. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Tiada saiz panjang yang khas untuk pedang ini. biasanya ukur panjang hulu ke mata buaya ini adalah selepas siku seseorang. Jadinya bilah pedang buaya yang tidak kurang 12 inci. Andainya ia pendek dari itu makna bukan kategori pedang lagi. Ada empu yang mengatakan jikalau hulu pedang ini di letakkan "cup" iaitu pelindung pada genggaman hulu, pedang ini bertukar nama ke pedang askar melayu. Sebabnya pedang ini digunakan dengan menghunus dan menyimpan mata semasa permainannya. Dengan adanya "cup", pedang ini hanya boleh dihunus sahaja matanya.  


    Pedang Buaya Untuk Dijual

  • Senjata Tradisi













  • Hubungi Wahid 013-6914278

    Cuba-cuba senjata

  • Senjata Tradisi

  • Menguji kekuatan, ketajaman dan ketahanan mata pedang dari tukang senjata tradisi

    http://www.youtube.com/watch?v=4gt72LdHjMY&list=UU_ZXvyjiYWN7N8McWM3SYtw&index=1&feature=plcp

    Jalan-jalan tengok keris

  • Tuesday, December 27, 2011
  • Senjata Tradisi
  • 24 Disember 2011 lepas, berjalan dengan keluarga ke Kelantan. Best juga Kelantan ni. Kalau ada rezeki nak juga tinggal di sini. Hidup jauh dari hiruk pikuk bandar. Tanah pun banyak. boleh buat rumah dengan keluasan tanah yang cukup selesa. bak kata orang nak buat kenduri kahwin anak nanti pasang khemah dalam laman rumah sahaja. Saya tak lepaskan peluang untuk lihat sendiri penjualan senjata yang ada di Kota Bharu ni. Seperti yang di katakan ramai, banyak kedai yang menjual senjata di sini.  Macam-macam ada. Boleh la berkunjung ke Kelantan kalau nak kan Keris Melayu yang elok, cantik dan murah. Tidak dinafikan ada juga keris-keris dari Indonesia yang dijual di sini.

    Saya bertanya pada penjual senjata ni, siapa tukangnya ni? Hmm Habis keras tak mahu dijawabnya. Yelah sama seperti aku juga, aku pun tak nak sebut tukangnya.. hehehehe. Bukan apa,  business la katakan.

    Walau bagaimanapun aku tetap enjoy jalan ke Kelantan. Nak pergi sekali lagi untuk cari Keris-Keris Melayu yang cantik-cantik dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

    Apa yang peliknya??? Kelantan kata Keris kat Kuala Lumpur murah, KL kata keris kat  Kelantan murah.... HMMM.. sama aje harganya, cuma yang lainnya, di Kelantan lebih ramai penjual senjata dan lebih banyak pilihan keris-keris yang sudah siap. Kalau di Kuala Lumpur tak banyak tempat yang menjualnya tetapi Keris-keris melayu yang ada pilihannya banyak dari tukang-tukang yang ada di serata semenanjung Malaysia.

    Syabas pada Kelantan yang mana bagi saya inilah negeri yang mempunyai empu-empu keris yang paling ramai  berbanding dari negeri-negeri lain. Dengan harapan adalah generasi muda yang sudi mengganti otai-otai empu yang ada.

    "Khazanah Perjuangan Melayu"
    Senjata Tradisi


    Antara gambar-gambar yang sempat saya ambil








    Sundang Moro untuk di jual

  • Senjata Tradisi




  • Dah Cuba Tapi Gagal Juga!

  • Monday, November 28, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Orang kata kalau tak cuba, nanti tak tahu bagaimana rasanya.  Gerak hati katanya boleh tapi ternyata apa yang ditempuh itu penuh dengan cabaran.  Terima kasih pada keluarga yang memahami tapi apa kan daya, Yang Maha Esa yang tentukan segalanya.  Esok hari terakhir ku dalam dunia yang baru ceburi.  Amat sayang sekali dengan penat lelah yang aku dan rakan ku tempuhi dari sehari ke sehari.  Rasa jatuh diri ini dan tak terdaya untuk bangkit kembali.  Percubaan pertama ku,  ku kerah keringat ku sehabis mungkin.

    Aku terima ketentuan mu Ya Allah.  Mungkin ini bukan yang terbaik buatku. InsyaAllah ada rezeki ku kemudian hari. Maal Hijrah 1433 menjadi satu titik sejarah buat hidup ku.

    Buat sahabat ku, aku mohon maaf jika ada tersilap salah laku dan kataku.  Aku telah cuba untuk menghidupkan impian ternyata tewas dengan kekangan yang ada.

    Salam Maal Hijrah Buat Semua Pembaca, Semoga tahun ini menjadi detik permulaan yang baik buat semua.

    Kursus Intensif Jurulatih

  • Tuesday, November 1, 2011
  • Senjata Tradisi

  • Kuntau Patani

  • Senjata Tradisi
  • video
    Aku dan anak buahku berlatih drill kuntau patani

    Persilatan Pusaka Warisan Melayu Patani

  • Senjata Tradisi
  • PENGAMBILAN PELAJAR BARU







    HUBUNGI KAMI
    PUSAT PERHUBUNGAN PERGURUAN SILAT PUSAKA WARISAN MELAYU PATANI:

    Alamat:
    Akademi Seni Beladiri

    No. 18-1 Pusat Komersial TSB,Tropikana Sungai Buloh
    Jalan Nautika BU20/B, Seksyen U20, Sungai Buloh 40160, Shah Alam, Selangor
    Sungai Buloh Selangor 40160 Malaysia

    Phone:
    +6012-5367299 (Dr. Ahmad Hazuan)
    +6013-6914278 (Cikgu Fazrul Wahid)

    Email address:
    persilatan.pusakawarisan@gmail.com

    Silibus Persilatan Pusaka Warisan Melayu Patani:
    1. Seni Sembah
    2. Seni Senaman
    3. Seni Gerak 4 Nabi
    4. Seni Gerak Pukulan
    5. Seni Gerak Kalam
    6. Seni Gerak Sendeng Warisan
    7. Seni Pancar

    Latihan
    Seni Tempur Pendekar (Drill Tempur)

    Kelas setiap Isnin atau Sabtu malam bermula dari jam 9:00pm
    Yuran : RM60 Dewasa, RM40 Pelajar IPT dan RM20 Murid Sekolah
    Pendaftaran RM30






    Tari Kerambit... My own Style!

  • Saturday, September 10, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Tari Dayang Kara

    Kerambit adalah salah satu senjata kecil yang biasa dikaitkan dengan senjata yang disembunyikan semasa membawanya.  Dalam erti kata lain, kerambit digolongkan sebagai senjata rahsia yang digunakan sebagai "back-up" jika perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi awas! padah kalau ditahan pihak berkuasa kalau membawa kerambit. Senjata jenis ini mampu buat kerosakan yang besar kepada mangsa..

    http://www.youtube.com/watch?v=VfUkgegsq7g

    Senjata seorang Muslim

  • Monday, August 22, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Senjata seorang muslim tidak lain ialah hati dan jiwa yang beriman kepada Allah.  Bagaimana kita hendak membina diri agar kita sentiasa beriman? salah satu darinya ialah dengan menjaga solat dan solat yang khusyuk.

    Sama-sama kita ambil tauladan dari kisah ini.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


    WUDHUK ZAHIR DAN BATIN
    Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

    Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

    Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

    Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
    Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

    * Bertaubat
    * Menyesali dosa yang telah dilakukan
    * Tidak tergila-gilakan dunia
    * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
    * Tinggalkan sifat berbangga
    * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
    * Meninggalkan sifat dengki."


    Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":


    1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
    2. Syurga di sebelah kananku,
    3. Neraka di sebelah kiriku,
    4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
    5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat
    dan bertakbir dengan baik.
    Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
    Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama.

    Salam Ukhwah

    Kursus Intensif Seni Sendeng Aliran Utara

  • Senjata Tradisi
  • Attack and Defensive Stike

  • Saturday, August 20, 2011
  • Senjata Tradisi
  • video
    Chose 3 short drills type 2 in 1 combo.  Move of Attack and defensive stike drills.  Make it a daily training or weekly and do 3 drills in 1 minute for 20 times.. at least 3 times a week. It burns fat and make your muscle move. Another thing is this training develops your body mechanic in stiking moves in case of emergency. Don't belief it! Belief and Be Alive!

    Sendeng Aliran Utara

  • Thursday, August 11, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Di bahagian utara semenanjung Malaysia juga ada silat sendeng yang mana ianya terdiri daripada aliran silat sendeng seperti berikut:

    Sendeng 13
    Sendeng Mat Kucing Hutan
    Sendeng Sepadi
    Sendeng Titi Sebatang
    Sendeng Megat Terawis




    Oleh:
    Senjata Tradisi
    "Khazanah Perjuangan Melayu"


    KURSUS INTENSIF JURULATIH

  • Thursday, July 21, 2011
  • Senjata Tradisi
  • OFFER UNTIL END OF JULY

  • Tuesday, July 12, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Offer keris sehingga 31/07/2011
    Contact : 013 6914278


    Diskaun RM200

    RM750 dengan pos

    Diskaun RM100


    RM300 dengan pos

    Tawaran berakhir 12:00 pm pada 31/07/2011
    Untuk gambar-gambar berkaitan dengan keris-keris di atas sila ke facebook Senjata Tradisi.

    The Offer is untul 12:00 pm on the 31/07/2011
    If you would like to see other pictures related to the above keris please go to Senjata Tradisi's facebook

    KERIS DAN SENI SILAT (Silat Melayu Keris Lok 9)

  • Monday, July 11, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Hanya nak memperkenalkan salah satu seni silat yang ada di Malaysia yang mengajar seni beladiri keris dari peringkat permulaan hingga khatam.  Pelik! baru masuk dah belajar guna senjata! tak perlu pelik kerana ianya mempunyai sukatan peringkat seni beladiri keris dari tidak tahu bersilat hingga mahir.

    Petikan di ambil dari Majalah Seni Beladiri:

    SILAT MELAYU KERIS LOK 9



    Keris adalah lambang kedaulatan bangsa Melayu.  Keris pada satu ketika, menjadi senjata utama pahlawan-pahlawan Melayu menentang penjajah, membela dan mempertahankan kedaulatan bangsa, agama dan tanah air.

    Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia (Lok 9) memperturunkan ilmu "hidup" yang bergelar '9 lok 9 adab sembah' - Keris tak dicabut... dan ia menjadi falsafah orang-orang istana.

    Kalau dicabut jua, ia bercerita. Andai berdepan musuh, ia tidak dicabut untuk merebahkan musuh itu... ia keluar sendiri.

    Gelanggang Silat Melayu untuk mereka yang ingin memelihara warisan Melayu, ingin beriadah untuk kecergasan selain untuk ilmu beladiri.

    Pengisian : Senaman Melayu Tua (Senaman Tua), tari dan beladiri (beladiri wanita, kuncian Melayu, bertangan dan adab bersenjata).  Selain keris, turut dilatihkan senjata Melayu antaranya tumbuk lada, kerambit, sundang, selengan dan sebagainya.

    Senarai Gelanggang:
    1.   Bandar Baru Sungai Buloh
    2.   TTDI Shah Alam
    3.   Sungai Petani Kedah
    4.   MAS Subang Selangor
    5.   Sungai Udang Melaka
    6.   Sandakan Sabah
    7.   Kota Tinggi Johor
    8.   Singapura
    9.   Kota Kinabalu Sabah
    10. Kelantan
    11. Sungai Siput Perak
    12. Setapak Kuala Lumpur : 03 4025 5379 dapatkan nombor untuk dihubungi bagi senarai gelanggang yang lain.





    KELAS EMBO

  • Tuesday, July 5, 2011
  • Senjata Tradisi

  • Contact Bro Ikhwan : 0193697567

    SEMINAR EMBO

  • Senjata Tradisi
  • Akademi Seni Beladiri

  • Senjata Tradisi
  • Ia diasaskan atas kesedaran bahawa ilmu beladiri khususnya silat merupakan satu khazanah yang terlalu mahal untuk dijualbeli. Di sinilah ASB memainkan peranannya untuk mengkaji, Mengembangkan Persilatan dan memelihara ilmu-ilmu lama supaya dapat disampaikan kepada generasi baru, langsung memastikan ia tidak pupus begitu saja.



    SILAT WARISAN MELAYU

  • Monday, July 4, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Melayu rosak kerana melayu sendiri.  Dalam sejarah dunia pun telah terbukti yang mana kejatuhan bangsa kerana bangsa itu sendiri.  Antara bangsa itu sendiri yang berbalah antara satu sama lain dan menjadi lemah atau bangsa itu terlalu angkuh hingga dimusnahkan oleh bangsa yang lain.
    Bangsa Melayu juga tidak lepas dari kerosakan bangsa oleh bangsa sendiri.  Berapa ramai melayu yang kenal apa itu melayu?  Tanya pada anak muda golongan umur 20 – 35 tahun.  Ramai yang tidak kisah akan bangsa dia sendiri.  Membina bangsa bermakna kita mempertahankan hak untuk ibu pertiwi.  Rasa hidup dalam golongan.  Tanpa “MELAYU” hilang kuasa pada tanah sendiri. Warisan ilmu bangsa perlu dipelihara dan dikembangkan ilmunya pada golongan muda. Makin hari makin hilang melayu anak muda keranA tidak kenal akan warisan ilmu bangsa Melayu.
    Dalam ilmu persilatan sendiri, sudah mula berkembangnya ilmu ini ke rantau Eropah.  Mereka berlumba-lumba datang ke rumpun Melayu untuk pelajari ilmu beladiri yang dinamakan silat.  Mereka ingin menjadi guru dalam ilmu ini kerana ianya mempunyai potensi kekuatan yang amat tinggi.  Sayang sekali orang Melayu sendiri tidak pelajari ilmu ini.
    Saya mempunyai seorang kawan yang berbangsa Cina.  Iya seorang Cina yang mahir dalam ilmu persilatan dan diberi amanah oleh gurunya untuk mangajar di gelanggang silat.  Sayang sekali ada beberapa orang bapa yang mengetahui silat itu diajar oleh Cina terus menarik anaknya keluar gelanggang dan memberhentikan anaknya dari belajar silat.  Saya MALU dengan bapa melayu itu. BIADAP dan ANGKUH! Melayu ke tu?  Mana pula kredibiliti dia sebagai seorang melayu yang patut tahu ilmu silat. Salahkan cina itu? Tak salah, yang salah ialah Melayu itu sendiri kerana Melayu itu sendiri sombong dengan untuk belajar ilmu warisanya.
    Sekolah dan silat.  Mana perginya silat didalam ko-korikulum sekolah.  Hilang bagaikan kain buruk yang hancur dimamah cuaca.  Guru-guru tidak mahu anak-anak murid sekolah bergaduh kerana belajar silat.  Cermin lah kembali kata-kata itu.  Setelah lima tahun tiadanya silat dalam sekolah, masih ada lagi kes-kes pergaduhan disekolah.  Malah sekolah-sekolah masih berhadapan dengan masalah disiplin murid. 
    Berilah peluang anak itu belajar ilmu persilatan agar ilmu ini tidak hilang dari tangan melayu.  Seorang peniaga memberitahu saya yang mana percaya silat hanya tinggal nama.  Dia sudah tidak jumpa silat diajar di kawasannya dan juga tempat-tempat lain.  Baru sekarang dia percaya akan pengamal silat dan gelanggang silat masih wujud dan diajarkan kepada bangsa melayu.
    Janganlah satu hari nanti kalau kita nak belajar silat, kita pula kena pergi ke balanda untuk mempelajarinya.

    WHEN YOU DONT KNOW IT!!! IS BEST TO SHUT UP!!!!BLACK MAGIC IN SILAT!!!

  • Senjata Tradisi
  • AN OPINION WITHOUT FACTS, IS STUPIDITY WITH ARROGANCE AT THE SAME TIME!

    Well I spend most of my life in Indonesia, exactly in Bandung city, the origin of Pencak Silat. I can guarantee you, it's one step to useless. there are too many useless movements, looks like a dance, and it's too slow. The only thing that makes it "strong" is the black magic. When you're advance, you'll be taught and given black magics. What I can say is that power of black magic doesn't have to do with Pencak Silat, even someone who doesn't really know anything about martial arts could learn black magic.

    When we're talking about how good a 'martial art' is, we can't include magics and weapons, coz it would be unfair. unless if we wanna compare 2 martial arts which both of em use weapons, for example Kungfu's sword techniques and Iaijutsu's sword techniques.

    The proof that Pencak Silat isn't good is:

    Indonesian military used to train Pencak Silat, but nowadays they replace it with Karate, Boxer Tarung Drajat (this one is also made by Indonesian but it's far better than Pencak Silat, at least it's much more effective because there's not much useless moves here), and some other types of martial arts. If they remove those useless moves, Pencak Silat might be better, but it's impossible to do that because those movements are the essence for Pencak Silat.

    It's like comparing Kungfu with Karate. Karate came from Kungfu, but what makes Karate better than Kungfu is that Karate threw away the useless movements (like the dancing, spinning, jumping, and animal moves without any clear purpose) so it makes Karate more effective than Kungfu (less move, less energy, focus on the real target, and always try to do "1 hit KO").

    Kerambit

  • Senjata Tradisi
  • Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

    

    Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

    Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.

    SENI SILAT TARI WARISAN PURBA MELAYU

  • Senjata Tradisi
  • Seni Silat Pulut adalah merupakan permainan silat turun temurun dari warisan nenek moyang kita. Sejarah mengenainya tidak begitu jelas, namun terdapat 3 teori yang menyebut tentang sejarah silat ini. Sebenarnya perkataan ‘pulut’ hanyalah merujuk kepada permainan yang dikaitkan dengan pulut. Namun pelbagai jenis dan aliran silat boleh bermain sekiranya ia mempunyai permainan tapak empat. Salah satunya Perguruan Seni Silat Tari Warisan Purba Melayu.
    Seni Silat Tari Warisan Purba Melayu merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Patani.Seni Silat Tari Warisan Purba Melayu telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia.

    Seni Silat Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Perajurit yang menjadi penting untuk mengukuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu.

    Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Perajurit dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat.

    Oleh sebab silat ini diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya, maka dinamakan Silat Melayu. Oleh sebab ramai ulama yang mengajarkan silat terdiri daripada orang Pattani yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu maka Silat Melayu tersebut dikenali sebagai Silat Patani.

    Seni Silat Tari Warisan Purba Melayu, mengangkat kembali Seni Silat Pulut & Tari dalam pembelajarannya. Dengan Mengikuti Tradisi & Adat lama, murid haruslah mempelajari TARI SILAT dahulu dengan mahir sebelum boleh mempelajari ilmu pencak beladiri. Walaupun Seni Silat Tari Warisan Purba Melayu, menerapkan kepada tari malah tidak lupa pada Penchak Silat Beladiri yang mana akan di terapkan juga kepada pengamal atau murid kami supaya mereka lebih memahami bahawa ‘Dalam Tari Ada Buah’.

    Perguruan yang diasaskan oleh Cikgu Ahmad Hazuan, kerana beliau melihat makin pupus silat tradisi yang mana Silat Tari ini makin tertinggal jauh berbanding dengan Silat Kombat yang mana semakin popular di masa sekarang. Dengan kesedaran itu, beliau telah mengumpulkan beberapa jenis-jenis tari silat melayu dan langkah-langkahnya dan menjadikan satu kokurikulum yang padat dan ringkas berdasarkan kandungan pelajaran Silat Melayu Lama.
    Text ini diambil dari:

    Blog Akademi Senibeladiri

    Muay Thai Tok Putih di Kota Damansara

  • Senjata Tradisi



  • Jom Sertai bagi kecergasan diri

    Hubungi En. Ikhwan : 019-369 7567

    Mari Belajar Silat

  • Senjata Tradisi

  • Belajarlah walau seribu buah sekali pun, hanya satu buah yang ringkas yang selalu dilatih hari-hari yang akan selamatkan diri waktu getir. Tanpa latihan hilang segala tangkas diri, belajar kerana sayang kita akan ingat ia sampai mati. Latihan dan petua adalah kunci pada gerak.

    Ikhlaskan hati waktu belajar insyaAllah ia akan meresap menjadi darah, rasa sayang buatkan kita kembali beramal.

    Selamat bersilat kembali pada kawan-kawan yang belajar kembali dan selamat datang pada yang baru belajar. Ilmu silat umpama mutiara dalam lautan. Ia memberi sinar pada pemakaiannya. Selamat belajar!
    Hidup silat atas dasar pakaian diri. Dibawa dalam budaya, amalnya dengan adap, kekuatan melalui silatulrahim, berkembang ilmunya kerana akal. Salam persaudaraan silat buat semua!

    LIGA SENI TEMPUR SILAT BERKUMPULAN

  • Sunday, February 27, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Hanya hendak berkongsi untuk mempromosikan silat dan juga menambah kemahiran tempur pesilat.
    LIGA SENI TEMPUR SILAT BERKUMPULAN.
    Terbuka kepada semua pesilat. Satu kumpulan 6 - 8 orang dan dari dua atau lebih aliran silat yang berbeza dalam satu kumpulan. Jumlah kumpulan 10 hingga 20. Setiap kumpulan mesti berjumpa dengan semua kumpulan. Markah akan diberi pada setiap perlawanan. Tempoh liga tertakluk pada aturan masa perlawanan. Pemenang kumpulan tertakluk kepada jumlah terkumpul yang tertinggi.

    Syarat tempur adalah gaya bebas dan markah akan diberikan pada ketepatan serangan tertakluk pada peraturan serangan. Masa bagi satu perlawanan adalah 7 minit sahaja untuk satu pasangan. Hanya 3 pasangan sahaja yang perlu bertempur untuk satu pertemuan perlawanan. Oleh itu satu malam kita boleh adakan perlawan antara 3 kumpulan. Baru meriah sebab ramai.

    Tujuan utama liga ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pesilat dan juga untuk menambah keyakinan seorang pesilat untuk bertempur. Selain dari itu, acara ini adalah untuk memeriahkan lagi dunia silat tanahair kerana ia terbuka kepada yang berminat.

    Liga ini juga boleh melahirkan para juri dari kalangan pesilat itu sendiri. Sebab juri pertandingan kita beri kuasa pada siapa yang hendak bertanding pada hari yang sama.

    Pesilat akan membawa nama kumpulan yang tidak berpaksikan jenis aliran silatnya.
    Pembiayaan pertandingan adalah dari peserta.

    Satu jalan bagi membuka satu platform baru untuk menarik minat masyarakat pada silat dan sukan.  Selain dari itu, ini juga dapat memberikan kepuasan dan kayu ukur pada diri pesilat untuk menilaikan kemampuan diri, membaca gerak lawan yang belum pernah dia jumpa dan mendisplinkan diri untuk berlatih.

    Syarat-syarat dan format pertandingan yang terperinci akan dibincangkan kemudian.

    Ini hanyalah cadangan. Apa pandangan saudara-saudara pesilat diluar sana tentang liga ini?

  • Thursday, February 3, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Jenis-jenis kayu  untuk Hulu dan Sarung
    (Versi Malaysia)

    Kayu Surian
    Kayu Kemuning
    Kayu Kemuning Hitam
    Kayu Kemuning Emas
    Kayu Macang Api
    Kayu Rengas
    Kayu Kerbau Jalang
    Kayu Merbau Merah
    Kayu Nibong
    Kayu Lengas
    Kayu Banir Teratai
    Kayu Penawar Hitam
    Kayu Ciku
    Kayu Sepetis
    Kayu Tegor
    Kayu Tempinis
    Kayu Sena Celagi
    Kayu Petai Belalang
    Kayu Boai
    Kayu Lebang


    Even A Good Leader Give a Rubish Statement

  • Monday, January 24, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Not all leaders can give a good statements.  By not thinking in all aspects and giving his opinions with his observation, some statement is very narrow.  I think the Mr. Lee statement only make the Muslim community what they should really do for their future.  I don't think by acting aggressively can solve this kind of statement.  If Mr. Lee is gentleman enough, put your statement world wide. Lets the world judge your statement. Or you can just become a hero of Ex-Leader Legacy.

    "Orang Tua Nyanyuk". I am not telling him that but, don't make people call you that.

    Say What Mr Lee????

  • Senjata Tradisi
  • Lee Kuan Yew, Singapore Ex-Prime Minister



    Soure of News: My Sinchew.com
    Dated 23/01/2011

    Please read it. not so many Malay and Muslim read from Sinchew.com.  I been informed regarding to this article from my Singaporean friend.

    From Lee Kuan Yew:
    Muslim being urge to be less strict on Islamic observances and the surge of Islam is being put as blame for as the barrier of communities intergrations in Singapore.



    Senjata Tradisi says back to Lee Kuan Yew. 

    As easy as his mind feel without thinking deeply on the actual teaching of Islam just for the sake of development and communities’ integrations.
    Who is he to urge the Muslim to “be less strict on Islamic observances”. Does he know what Islam is? He voice out his mind as Islam (until the surge of Islam came) is one of the causes Muslim could not give the co-operation for communities integration.  What type of integration that he really wants? To be in relation as same as people without a religion perhaps, or to be like, I don’t know, I think Mr Lee should be more specific on what kind of Muslim he wanted to. 
    I think let Mr Lee give a Speech on a topic “How Muslim Should Be in Singapore” and open a new mazhab Imam Singapore.  He doesn’t have any research statistic on his observation.  Anybody can voice out his mind like that.  Just like to give blame on what he don’t like or afraid to. The rise of Muslim community in Singapore will make big changes to the PAP’s influence one day. Just like he said not in 10 to 20 years but beyond that.  Something is missing in the PAP’s government whereby he realized that, that element only appear in Islam.  By urging the Muslim as to less strict on Islamic observances is his first cut to withdraw some element from the Muslim young generation.

    In other topic being said by Mr. Lee is “marriage between educated couple”.  He makes an example human with animal (dud stallion to breed with your good mare). He make an example of animal breeding as same as human breeding.  How could he. I think he’s the animal here. Every people have his own intelligent. Surely it is not pass down from generation. Amongst the greatest man in the world doesn’t have all the educated mom and dad!  Even an educated couple can have a down-syndrome child.  Believe in God will you.
    Say what Mr. Lee… does both of your parents have PhD as to produce you to be intelligent and educated? There’s no strong evident that shows when an intelligent couple get married and they produce a much more batter child and become much better person than their parents.  Come on WAKE UP! YOU MUST BE OUT OF YOUR MIND! Even science can prove what you have said that.
    As how good or best parent EDUCATION is, as if they are so busy with their carrier and don’t have a quality time with their child, that poor child will grow up and become a LOUSY MAN. Maybe he will become one of super crook for Singapore.

    Klip Berita TV 1

  • Monday, January 17, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Bapak Andi Hartanto Putra (Empu Magetan)

    video

    Keris dari kata adat

  • Senjata Tradisi
  • Ungkapan adat mengatakan dalam keris sebilah
    Terkandung tuah dan maruah
    Tuahnya selilit kepala
    Maruahnya selilit pinggang
    Tersembunyi dalam mata
    Tersimpan dalam pamor
    Tersorok dalam sepuhan
    Terselindung dalam besi
    Terpateri dalam baja
    Terpegang dalam hulu
    Terlekat dalam sarung




    Keris Untuk Perpaduan

  • Sunday, January 9, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Saya memetik dari kata-kata Empu Magetan. (Pandai Besi dari Indonasia)

    Mengikut sejarah, nilai keris tu bukannya senjata untuk peperangan semata-mata. Katanya lagi ianya adalah satu sebab dimana masyarakat bersatu padu.  Tingginya nilai keris itu membuatkan masyarakat melayu setempat bersatu dan ini  membuatkan pihak penjajah takut pada KERIS itu sendiri hinggakan mereka haramkan bukan sahaja penggunaannya, mereka mengharamkan juga siapa yang belajar langkahnya. Wah! hebat sungguh keris waktu itu.  Perkara ini telah terjadi dalam sejarah Indonesia dan juga Tanah Melayu.  Silalah cari dan baca. Ramai anak-anak muda kita tidak tahu akan hal ini, dan pada yang tahu, tidak peka untuk memberitahu.  Kita belajar sejarah untuk mengambil contoh darinya. Yang buruk jangan di ulang. Yang baik diambil contoh untuk mencipta sejarah yang lebih baik. Apa yang di wancanakan orang penjajah ialah keris adalah senjata pembunuh yang merbahaya. Apa beza sangat la dengan keris dan juga parang penebas jika tahu menggunakannya sebagai senjata. Kalau sekali tengok, saya takut dan risau lebih pada orang yang membawa parang penebas dari keris.

    Dari seorang pengumpul keris. "Tanpa mistis, tiada beza keris dengan perabot dirumah". Kenapa ye!. Sebagai pengumpul keris, dia mempunyai keyakinan sendiri terhadap keris itu. Kadangkala masyarakat menilai pengumpul ini sebagai bela hantu. Walhal tidak. Tak semestinya orang yang punyai pendamping ini punya keris.

    Apa yang kita hendak lihat ialah nilai disebalik KERIS itu sendiri. Pandangan membawa keris itu adalah untuk berperang atau untuk alat mencederakan dan menakutkan orang lain adalah pendangan yang cetek. Orang mengamuk bawak parang. Tak bawa keris pun.

    Saya bagi simbol ringkas pada keris. Ambil contoh, keris akan disisipkan pada pinggang pengantin lelaki dan bunga diberi pegang pada pengantin wanita. Pakaian mencerminkan siapa pemakainya. Simboliknya keris disini, lelaki sebagai ketua rumah tangga akan bersedia keakhir hayat untuk membentuk dan menjaga kesejahteraan bakal keluarga yang baru terbentuk. Keris adalah senjata yang utuh, iaitu tahan lama. Kalau tak berani jangan bawa keris tersebut. Bagi bunga pula ia bersifat penyeri dan akan layu jika tidak di jaga.  Adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya agar ia terus mekar dalam tamannya. Keris disini melambangkan simbol kekuatan, penyatuan dan juga tanggungjawab.

    Setiap masyarakat bangsa punya kekuatannya sendiri tidak kira apa tahap kemajuannya. Walau tinggi manapun tahap kemajuan sesuatu masyarakat itu, tanpa perpaduan bangsa maknanya, mereka akan bersaing untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan untuk kepentingan pada masyarakat. Tindas menindas, hasat dengki antara bangsa sendiri akan terjadi. Akhirnya satu bangsa yang maju akan tumpang jatuh di rosakkan orang bangsa sendiri.


    "Alam Khazanah Perjuangan Melayu"

    Senjata Tradisi

    Kempen Keris!

  • Tuesday, January 4, 2011
  • Senjata Tradisi
  • Satu rumah satu keris.

    Bagus juga tu. Lagi bagus kalau dapat ditambah dengan seorang yang bijak main keris untuk satu rumah. Janganlah keris itu dipandang sebagai alat membunuh, tapi sebagai penyambung warisan bangsa.  Hidupnya satu bangsa kerana punyai identitinya sendiri. Kita boleh menukar agama seseorang tapi belum tentu dapat menukar bangsa orang tersebut.

    Keris juga boleh dilihat pada simbol kekuatan dan tenaga.  Walaupun sesebilah keris itu tiada pengisian ia tetap punya daya kuasanya sendiri.  Menyimpan sebilah keris di rumah boleh membentuk satu aura tenaga daya kekuatan semuala jadi pada penyimpannya. Tak percaya! cuba simpan satu dirumah. Tak dicabut pun tak mengapa.

    Simpan saja dalam almari yang dapat dilihat. Jangan sampai dapat dicapai oleh anak kecik sudah.  Kalau ternampak oleh tetamu rumah pasti ada yang tertarik pada bentuknya. Fuhh! ada keris la kat rumah ni.  Sudah pula ia menjadi penyeri pada hiasan dirumah.

    Keris menjadi satu icon warisan melayu apabila ada dirumah. Kenapa? Warisan itu turun temurun. Anak-anak akan bertanya tentang keris.  Atas kita untuk bercerita berkenaannya. Paling senang buat melayu kita ialah hikayat hang tuah lima saudara dan keris taming sari. ini menimbulkan minat sejarah pada anak-anak.

    Keris warisan yang diwarisi. Keris itu tahan lama jika dijaga. Buatan keris terawal dijumpai dari kurun ke-6. Dah 1400 tahun tu. Saya tak tahulah pada yang lain kerana masing-masing punya pendiriannya sendiri. Pada saya untuk diberi satu barang yang turun-terumun buat simpanan adalah satu penghormatan. Tapi barang tu mestilah berharga seperti keris bukan barang lusuh yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Mewarisi membuatkan lahirnya imbauan sejarah pada penerimanya.


    "Alam Khazanah Perjuangan Melayu"
    Senjata Tradisi